Program Biasiswa Yayasan OBYU

Tahniah kepada pelajar lepasan SPM 2022 yang mendapat keputusan cemerlang. Dimaklumkan bahawa Yayasan OBYU, sebagai sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan di bawah naungan OBYU Holdings Sdn Bhd, ingin membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM (rakyat Sarawak daripada golongan keluarga asnaf) yang ditawarkan melanjutkan pelajaran untuk memohon Program Biasiswa Yayasan OBYU.

Kursus Tajaan

  • Kursus Pengurusan (Pengurusan Projek, Pengurusan Harta, Ukur Bahan, Perladangan Logistik dan Rantaian Bekalan)
  • Kursus Kejuruteraan dan Teknologi (Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal, Kimia, Senibina, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Rangkaian, Telco, Perisian, Teknologi Awam)
  • Kursus Perniagaan dan Sains Sosial (Perakaunan & Kewangan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Sumber Manusia, Pemasaran Digital, Komunikasi Korporat)
  • Kursus Undang-undang (Undang-undang, Pengurusan Kontrak)
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Syarat Memohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Sarawak; atau
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Sarawak
  • Pemohon dari keluarga asnaf
  • Pemohon ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS (Sepenuh masa)

Cara Memohon

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan sijil lahir
  3. Salinan sijil akademik
  4. Gambar berukuran passport
  5. Salinan surat tawaran sambung belajar dan kad pelajar
  6. Pengesahan pendapatan ibubapa (6 bulan)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup : 31 Disember 2023
Sila hantar permohonan anda ke emel: general@yayasanobyu.com

Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk temuduga.